BUKTIKAN KEUPAYAAN KITA

BUKTIKAN KEUPAYAAN KITA

TAHNIAH

TAHNIAH
Kebangaan kita

PINGAT EMAS SULUNG

PINGAT EMAS SULUNG
Haji Md. Khairul Bahrin Haji Duraman sumbang pingat emas pertama negara menereusi acara silat kategori Tunggal Lelaki

SENTUHAN PINGAT SULUNG NEGARA

SENTUHAN PINGAT SULUNG NEGARA
Md. Jamil Haji Abd. Hamid berjaya meraih pingat gangsa bagi acara Kumite Lelaki Perseorangan 84 KG ke atas

Dui Lian Bersenjata

Dui Lian Bersenjata
Lee Ying Shi dan Faustina Woo Wai Sii kutip pingat perak

Wushu

Wushu
Pasang adik beradik sumbang pingat gangsa acara wushu kategori Dui Lian Bersenjata Lelaki

PINGAT UNTUK NEGARA

PINGAT UNTUK NEGARA
Kontinjen karatedo sumbang tiga pingat gangsa

Syabas

Syabas
Pingat gangsa ke-4 menerusi Masdiana Haji Tengah (Kumite Perseorangan 50 Kg Kebawah Wanita

Rabu, 16 Disember 2009

PELUANG Duo Takraw sumbang pingat

SKUAD Sepak Takraw akan meneruskan cabaran negara dalam acara Double Sepak Takraw. Pada perlawanan pertama, skuad negara menang ke atas Kemboja dengan kiraan 21 - 16 & 21 - 9.
Hari ini cabaran menanti dengan pertemuan pasukan Myanmar disebelah pagi dan pasukan Filipina menanti di sebelah petang.
Jika perjalanan skuad negara tidak tersekat, skuad takraw akan melangkah ke peringkat semi final.

Ahad, 13 Disember 2009

Dari Pingat Perak tertukar Pingat emas akhirnya menjelma

Tahniah, penantian untuk mendengar lagu kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' akhirnya bergema di ITECC Vientine apabila pesilat acara Tunggal, Haji Md. Khairul Bahrin Haji Duraman berjaya memperolehi pingat emas.
Haji Md. Khairul mengutip 472 mata mengalahkan peserta Thailand, Sarawut Comepoon yang menduduki tangga kedua dan Youthhisinh Phout Thalaksa, pesilat tuan rumah yang cuma memperolehi 432.
Keceriaan kontinjen negara bermula dari kejayaan pasukan Wushu yang mengutip pingat perak menerusi pasangan Lee Ying Shi dan Faustina Woo Wai Sii yang beraksi bagi acara Dui Lian Bersenjata Perempuan sementara pingat gangsa acara Wushu telah disumbangkan pasangan adik beradik, Isma dan Isa.

Sabtu, 12 Disember 2009

Syabas..Karatedo















SETAKAT ini, kontinjen karatedo telah berjaya menyumbang empat pingat gangsa. Sekalipun terpaksa hanya berpuas dengan kutipan pingat gangsa. Ia boleh merangsang kepada atlet lain untuk berusaha gigih menambah kutipan pingat yang lebih bersinar lagi.
Namun, syabas kepada atlet yang berjaya dan atlet yang sudah berusaha tetapi rezeki tidak menyebelahi jangan putus asa malah tingkatkan usaha untuk mengangkat nama negara menerusi bidang sukan. - SAM.

Jumaat, 11 Disember 2009

Mohd. Fathullah kurang bernasib baik

"Ia merupakan pengelaman baru saya dalam sukan SEA. Kegagalan ini merupakan satu titik permulaan ke arah yang lebih baik, insyallah".
-Mohd. Fathullah
"Fathullah bermain baik. Lebih banyak menyerang tetapi kurang bernasib baik kerana lawannya berpengelaman dalam perlawanan perlawanan serantau dan antarabangsa banyak menefaatkan ruang untuk mengutip mata. Kita tidak boleh putus asa dan mencuba pada kejohanan berikutnya", -KIM JUN JUN.
Mohd. Fathullah tewas 2-11 kepada peserta Singapura, Tan Junwei Jason pada perlawanan peringkat awal secara kalah mati.

Haji Eddie Jofriani mahu candas cabaran Vietnam

Atlet Karatedo, Haji Eddie Jofriani mahu mengunakan pengelaman yang ada untuk memastikan penyertaan ke sukan SEA ke-25 Laos kali ini akan menyerlah. Beliau yang sudah mewakili negara sebanyak 6 kali pernah memperolehi pingat gangsa pada sukan SEA Kuala Lumpur 2001 dan sukan SEA Vietnam 2003. Kejayaan terbaiknya menyertai di Sukan SEA ialah ketika memperolehi pingat perak di sukan SEA Filipina.
Hari ini (12 Dec), Haji Eddie akan bertemu dengan peserta Vietnam, Pham Hoai Long bagi kategori Kumite Lelaki 55kg kebawah Perseorangan.
"Saya lebih memfokuskan pertemuan awal dan memastikan berjaya melangkah kepusingan seterusnya",jelas Haji Eddie.

KARATEDO SUMBANG TIGA PINGAT GANGSA

KONTINJEN karatedo negara berjaya meraih 2 lagi pingat gangsa yang diperolehi menerusi Mohd. Fadillah Haji Sanif bagi kategori 67kilogram ke Bawah Kumite Perseorangan Lelaki dan Mainuddin Haji Mohammad menerusi acara kategori 84 Ke Atas kilogram kebawah Kumite Perseorangan Lelaki.

Terdahulu, Kategori Kumite Lelaki Perseorangan 84 Kilogram Ke Atas, Md. Jamil Haji Abd. Hamid menjadi atlet pertama negara meraih pingat pada sukan SEA ke-25 Laos. Beliau memperolehi pingat gangsa.

Sementara itu, Dk. Nuleha Pengiran Abd. Rahman pula kurang bernasib baik apabila gagal layak kepusingan seterusnya.

Khamis, 10 Disember 2009

Md. Jamil sumbang pingat gangsa

SEKALIPUN hanya mampu memperolehi gangsa, Ia merupakan sumbangan yang sangat berharga buat atlet Karatedo negara, Md. Jamil Haji Abd. Hamid yang berjaya menumpaskan peserta Thailand dengan kiraan 7-2 bagi acara Kumite Lelaki Perseorangan 84Kg ke atas.

"Saya gembira dengan pencapaian ini. Kejayaan ini sangat berharga untuk diri dan lebih penting menyumbang pingat untuk kontinjen negara",jelasnya.

Beliau berusia 23 tahun, baru pertama kali mewakili negara dalam acara itu melahirkan keyakinan rakan-rakan yang lain akan juga mampu memberi sumbangan pingat kepada kontinjen.

Terdahulu, pada pusingan kelayakan beliau tumpas kepada peserta Vietnam Pham Quang Duy dengan kiraan 2-4.

-OP-
(Berita dan temubual penuh..layari Pelita Brunei online)

EMPAT PESERTA KARATEDO MULAKAN CABARAN

VIENTIANE, Khamis, 10 Disember. - Empat atlet negara yang menyertai acara karatedo akan memulakan cabaran peringkat saringan di kejohanan Sukan SEA ke-25 Laos di Chao Anouvong Gymnasium, esok.
Dalam kategori 84Kg. Lelaki Kumite Perseorangan, Md. Jamil Haji Abd. Hamid akan bertemu dengan peserta dari Vietnam, Pham Quang Duy dan Mohammad Fadilah Haji Sanif akan berdepan dengan seorang lagi wakil dari Vietnam untuk kategori 67kg Lelaki Kumite Perseorangan.
Dk. Nuleha Pengiran Abd. Rahman pula akan menguji kehebatan pasukan dari Myanmar, Thin Thin Thu Za untuk bersaingan bagi kategori 55kg Perseorangan Wanita dan bagi kategori 84kg, Kumite Perseorangan Lelaki, Mainuddin Haji Mohammad pula akan berdepan dengan wakil Indonesia, Hendro Salim.
“Kita berharap pemain akan memberikan saingan yang terbaik mereka untuk melangkah kepusingan seterusnya. Saya yakin jika atlet melimpasi halangan peringkat awal, peluang skuad negara untuk meraih pingat memang cerah”, jelas jurulatih, Okhida Simangasing.
Katanya, semua peserta sudah bersedia dan mempunyai semangat yang tinggi dan diharap kondisi itu akan membantu kekuatan mental semua atlet.
Dalam acara karatedo, negara menyandarkan lapan peserta yang dilihat mampu memberi saingan sengit untuk memburu sebarang pingat.
End./

Berangkat mengadakan perlawanan acara Men’s 9-Ball Pool Double

VIENTIANE, Repubilk Rakyat Laos, khamis, 10 Disember. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berangkat bagi menyertai perlawanan pusingan suku akhir acara Billard dan Snuker kategori Men’s 9-Ball Pool Doubles, di kejohanan sukan SEA, pagi tadi.
Berangkat menyaksikan perlawanan ini ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman
Pada perlawanan kelayakan itu, Duli Yang Teramat Mulia berpasangan dengan Teo Chee Soon bertemu dengan pasangan dari Vietnam, Luong Chi Dung dan Do Hoang Quan.
Perlawanan kategori berkenaan telah disertai oleh pasukkan Negara Brunei Darussalam, Indonesia, Laos, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.
Sementara itu, Duli Yang Teramat Mulia dijadualkan akan bertemu dengan pemain tuan rumah, Phopadid Vongsombun bagi kategori Men’s 9-Ball Pool Singles pada 15 Disember di Dewan Persidangan Donchan Palace Hotel.
Berangkat mengiringi Duli Yang Teramat Mulia sepanjang berada di sini ialah Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi.
Keberangkatan tiba, Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia di Dewan Persidangan Don Chan Palace Hotel dijunjung oleh Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Setia Pahlawan Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Ahmad bin Haji Jumat dan Duta Besar NBD ke Laos, TYT Pengiran Kasmirahan bin Pengiran Mohd. Tahir.

End./

Selasa, 8 Disember 2009

Kontinjen tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay Vientance


Foto; Jabatan Penerangan

ATLET PERLU FOKUS

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 21 November. - Para atlet perlu fokus dan berusaha gigih untuk merealisasikan harapan agar kontinjen Negara yang akan bersaing ke Sukan SEA ke 25, Laos nanti, pulang dengan mencipta satu kejayaan yang memberangsangkan.

“Sekalipun jumlah penyertaan atlet tahun ini paling kecil sejak menyertai sukan SEA, tetapi kita membawa atlet yang berkualiti dan mampu memberi saingan untuk mencipta kejayaan”,jelas ketua kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan SEA ke -25 Laos, Haji Muhd. Zamri Dato Paduka Haji Hamdani ketika ditemubual.

Negara Brunei Darussalam akan menyandarkan seramai 29 atlet untuk menyertai tujuh jenis sukan termasuk sukan Cue, karatedo, pencak silat, olahraga, sepak takraw, taekwando dan wushu.

Haji Muhd. Zamri yakin penyertaan negara kali ini akan dapat memperbaiki pencapaian kutipan pingat berbanding dari penyertaan yang lalu.

Beliau tidak menafikan persaingan kejohanan Sukan SEA dari tahun ke setahun jelas semakin sengit dengan usaha semua negara lengkap dengan kontinjen yang mantap jesteru kita juga perlu berusaha untuk tampil menjadi negara yang mampu memberi persaingan yang sengit.
“Ke arah itu”, katanya, atlet perlu memberikan komitmen yang penuh dengan sedaya upaya memantapkan persiapan diri terutama bagi sukan ‘kombat’ seperti silat, karatedo dan taekwando.
Menurutnya , skuad karatedo kini menjalani latihan di Indonesia; pasukan pencak Silat juga mempersiapkan diri di Vietnam sementara pasukan Wushu juga bersinar di Sukan Dalam Dewan Asia di Hanoi baru-baru ini.

“Kini atlet itu sendiri tampil untuk mengukir kejayaan. Kita telah memberikan mereka latihan-latihan pendedahan dan menyertai beberapa perlawanan panas badan di luar negara. Kita berharap latihan dan perlawanan pendedahan seumpama itu akan memberi hasil yang positif”,ujarnya.

Dari segi pemilihan atlet, Haji Muhd. Zamri menjelaskan beberapa kreteria telah ditetapkan oleh jawatankuasa pilihan untuk mereka layak mewakili negara terutama dari sudut prestasi yang memberangsangkan di samping telah mencipta kejayaan yang sebanding dengan pencapaian pingat gangsa di peringkat sukan SEA yang lalu.

Sukan SEA ke 25 Laos bermula hari ini dengan upacara pembukaan rasmi di Stadium Utama Kebangsaan Vientance.