VIENTIANE, Repubilk Rakyat Laos, khamis, 10 Disember. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berangkat bagi menyertai perlawanan pusingan suku akhir acara Billard dan Snuker kategori Men’s 9-Ball Pool Doubles, di kejohanan sukan SEA, pagi tadi.
Berangkat menyaksikan perlawanan ini ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman
Pada perlawanan kelayakan itu, Duli Yang Teramat Mulia berpasangan dengan Teo Chee Soon bertemu dengan pasangan dari Vietnam, Luong Chi Dung dan Do Hoang Quan.
Perlawanan kategori berkenaan telah disertai oleh pasukkan Negara Brunei Darussalam, Indonesia, Laos, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.
Sementara itu, Duli Yang Teramat Mulia dijadualkan akan bertemu dengan pemain tuan rumah, Phopadid Vongsombun bagi kategori Men’s 9-Ball Pool Singles pada 15 Disember di Dewan Persidangan Donchan Palace Hotel.
Berangkat mengiringi Duli Yang Teramat Mulia sepanjang berada di sini ialah Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi.
Keberangkatan tiba, Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia di Dewan Persidangan Don Chan Palace Hotel dijunjung oleh Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Setia Pahlawan Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Ahmad bin Haji Jumat dan Duta Besar NBD ke Laos, TYT Pengiran Kasmirahan bin Pengiran Mohd. Tahir.
End./
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan