VIENTIANE, Khamis, 10 Disember. - Empat atlet negara yang menyertai acara karatedo akan memulakan cabaran peringkat saringan di kejohanan Sukan SEA ke-25 Laos di Chao Anouvong Gymnasium, esok.
Dalam kategori 84Kg. Lelaki Kumite Perseorangan, Md. Jamil Haji Abd. Hamid akan bertemu dengan peserta dari Vietnam, Pham Quang Duy dan Mohammad Fadilah Haji Sanif akan berdepan dengan seorang lagi wakil dari Vietnam untuk kategori 67kg Lelaki Kumite Perseorangan.
Dk. Nuleha Pengiran Abd. Rahman pula akan menguji kehebatan pasukan dari Myanmar, Thin Thin Thu Za untuk bersaingan bagi kategori 55kg Perseorangan Wanita dan bagi kategori 84kg, Kumite Perseorangan Lelaki, Mainuddin Haji Mohammad pula akan berdepan dengan wakil Indonesia, Hendro Salim.
“Kita berharap pemain akan memberikan saingan yang terbaik mereka untuk melangkah kepusingan seterusnya. Saya yakin jika atlet melimpasi halangan peringkat awal, peluang skuad negara untuk meraih pingat memang cerah”, jelas jurulatih, Okhida Simangasing.
Katanya, semua peserta sudah bersedia dan mempunyai semangat yang tinggi dan diharap kondisi itu akan membantu kekuatan mental semua atlet.
Dalam acara karatedo, negara menyandarkan lapan peserta yang dilihat mampu memberi saingan sengit untuk memburu sebarang pingat.
End./
Khamis, 10 Disember 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan